self introduction.

salam.

MAKLUMAT DIRI

hai! nama aku Kira..bukan kira yang dalam cerita death note tu...
umur aku 24 tahun pada tahun 2017.
aku seorang perempuan. harap tak ada yang akan keliru jantina aku nanti.
aku seorang penjawat awam. macam biasa hidup di pejabat. duduk depan PC then pusing2 atas kerusi... lepas tu tengok movie bila free.. hahahah
jawatan sebagai Pembantu Tadbir (P/O).
Jabatan? biarlah rahsia bak kata dato CT..
ahh aku masih single.. belum berkawin. belum juga beranak dan bukan juga ibu susuan kepada mana bayi..

HOBI

hobi aku banyak.. tapi paling aku minat adalah watching anime. hehehehehehehehehe
2nd adalah tidur..
3rd adalah memasak.. yes.. i love cooking..
4th adalah main game...

SEJARAH PENYAKIT

  • aku pernah kena scoliosis ( tulang belakang membengkok) yang menyebabkan aku tak aktif dan sering sakit belakang..
  • aku adalah penghidap asma.. dan dalam hidup aku, 2 kali dah aku kena serang pneumonia.
  • aku ada chronic gastritis & GERD. yang boleh buat aku nangis guling2 atas katil pastu nangis minta bapak hantarkan aku ke emergency untuk rawatan segera. sekarang tengah dalam kawalan pakar. 
  • aku dah menjalani pembedahan buang appendiks dan ketumbuhan cyst di bahagian tengkuk!
  • aku pernah kena masalah tyroid. sekarang bacaan dalam paras normal tapi masih on carbimazole sebijik sehari...
  • last sekali.. hypertension. huhuhuhuhu

GAYA HIDUP SEKARANG

  • heavy sleeper
  • malas bersenam
  • suka makan junkfood
  • makan sayur tapi pemilih
  • makan tak tetap jam
  • peminat tegar soft drink
  • malas makan ubat
  • duduk terlalu lama
  • suka makan ayam
  • makanan manis sometimes waktu craving je...

BENTUK FIZIKAL

gemuk
muka tak putih, tangan sunburn sebab merempit pergi kerja hari2..
guna cermin mata


SEBAB UTAMA BUAT BLOG NI...

Aku nak cabar diri aku untuk kurangkan berat badan sekurang kurangnya 20kg sebelum hujung tahun ni...


aku penat kalau orang tengok aku.. diorang cakap besar.. cakap aku raksasa.. cakap aku ni gemuk sangat.. tak boleh tengok aje ke....

penat nak cari baju besar2...

penat nak buat kerja seharian tanpa rasa penat..

penat rasa nak layan nak hadap mulut puaka orang...

penat tiap kali nak buat baju kurung kena beli kain lebih2...

penat tengok orang guna baju cantik2...

penat tengok orang senang2 je nak duduk mana2 kerusi,. sedangkan aku takut nak duduk sebab takut patah..

penat sebab disamakan dengan objek macam  teddy bear..

BERAT TERKINI

06 AUGUST 2017 :147.5KG
Saiz Baju Kurung   : 60
target 31.12.2017 : 127.5KG

#nanti update lagi dari semasa ke semasa. nak tengok progression sendiri! jana!











Comments